Lima rakan terlepas hukuman mati miliki, edar dadah

Lima rakan terlepas hukuman mati miliki, edar dadah

KESEMUA tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, Melaka daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Linangan air mata membasahi pipi lima rakan termasuk seorang wanita selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kesemua mereka terlepas daripada hukuman mati atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid di akhir kes pendakwaan membabitkan tertuduh, Mohd. Nizam Makzan, 34; Nurshahira Hamraj, 27; Hairudin Ramle, 24; Muhammad Hilmi Rosly, 33, dan Dermawan Muhammad, 38.

Mengikut kesimpulan kehakiman yang dibacakan, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang ditimbulkan terhadap kesemua tertuduh.

Mohd. Radzi berkata, pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dan empat daripada tertuduh bukanlah penghuni kediaman di mana tangkapan dibuat.

“Keterangan tertuduh ketiga dan kelima adalah di dalam rumah dan bukan di meja kopi, ia tidak cukup sebagai bukti.

“Tiada mana-mana daripada tertuduh ditahan di meja kopi, kalaupun mereka tahu mengenai dadah tersebut tetapi jika tiada kawalan adalah tidak mencukupi untuk dibuktikan sebagai pemilikan. Ini adalah kelemahan dalam siasatan,” katanya.

Tambah Mohd. Radzi, mahkamah juga mendapati tiada keterangan jelas untuk menyokong dapatan tertuduh di meja kopi dan menunjukkan mereka mempunyai milikan atau kuasa untuk berurusan.

“Oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan pemilikan dadah, maka mahkamah dapati pertuduhan mengedar dan menyimpan dadah ini gagal dibuktikan. Kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Kesemua tertuduh didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 166.24 gram.

Sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau sebat minimum 15 kali sebatan.

Tiga lagi pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 12 (2) dan dibaca bersama Seksyen 12 (3) atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin seberat 1.44 gram, manoacetymorphines (1.81 gram) dan ketamine (17.66 gram).

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 22 Mac 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Mak Kah Keong, Tiu Leong Kim, Datuk Hanif Hassan, Azrul Zulkifli Stork dan Andrew Lourdes.

Seramai 11 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 6 Ogos 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya