Kaki gam cederakan bapa kandung guna pisau

Kaki gam cederakan bapa kandung guna pisau

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan bapa kandungnya menggunakan sebilah pisau. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angkara gam seorang anak sanggup mencederakan bapa kandungnya berusia 68 tahun menggunakan sebilah pisau, berikutan berang ditegur menghidu barang berkenaan.

Tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, yang juga seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Elesabet Paya Wan menangguhkan hukuman pada 12 September depan bagi menunggu serahan fakta kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri bapanya dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.45 pagi di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai 2023.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas tertuduh berang bapanya menasihatinya untuk tidak menghidu gam yang menjadi salah satu pencetus kepada penagihan dadah.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon satu tarikh baharu untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN