Didenda RM200 kerana biak jentik-jentik

Didenda RM200 kerana biak jentik-jentik

TERTUDUH didenda RM200 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membiak lima ekor jentik-jentik dalam tayar terpakai di rumah sewanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan denda RM200 kepada seorang wanita selepas orang kena saman (OKS) mengaku bersalah membiak lima ekor jentik-jentik dalam tayar terpakai di rumah sewanya.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua Ai Leng, 55, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didapati telah menimbulkan suatu keadaan yang boleh memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit, iaitu larva nyamuk Aedes Albopictus dalam tayar di belakang rumah sewanya.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.35 pagi di sebuah premis beralamat di Jalan Tun Tan Cheng Lock dalam daerah Melaka Tengah pada 23 Oktober 2020.

OKS didakwa di bawah Seksyen 13 (1) dibaca bersama Seksyen 13 (2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh didenda di bawah Seksyen 23 (A) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau maksimum dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

OKS juga boleh didenda sehingga RM10,000 atau maksimum dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

OKS merayu hukuman diringankan dengan alasan perlu menjaga ibu yang sakit, selain tidak menyedari kesalahan itu telah dilakukan adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah, Raziah Nordin memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap masyarakat.

Mahkamah menjatuhkan denda RM200 atau tiga hari penjara jika gagal bayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya