Penyelia kilang pukul kepala pemandu wanita dihukum penjara tujuh hari - Utusan Malaysia

Penyelia kilang pukul kepala pemandu wanita dihukum penjara tujuh hari

MOHAMMAD Zaim Faiz Tarmizi didakwa memukul kepala pemandu wanita dalam kejadian berhampiran Lata Iskandar Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari di Mahkamah Majistret Tapah. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Penyelia kilang yang tular memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan ugutan dan mencederakan mangsa.

Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas me­ngaku bersalah sejurus selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.

Ia dilakukan tertuduh di Lata Iskandar, Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highlands dalam daerah Batang Padang pada pukul 5.33 petang, 5 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga didakwa bagi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu de­ngan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita tersebut di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh ketika ditanya oleh Siti Hanum selain rayuan yang dikemukakannya membe­ritahu, kejadian berlaku ketika pengadu cuba memotong ken­deraannya namun ada kenderaan lain di laluan bertentangan.

“Saya nak luahkan, dalam kejadian itu, pengadu yang membuat laporan cuba memotong tapi (laluan) bertentangan ada kereta.

“(Tindakan) itu boleh mengancam keluarga saya dan nyawa, sebab itu saya marah sangat kerana dalam kereta ada anak dan isteri saya (hamil lapan bulan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya