Lelaki berdepan hukuman mati, tikam bekas tunang lapan kali  - Utusan Malaysia

Lelaki berdepan hukuman mati, tikam bekas tunang lapan kali 

KOMPLEKS Mahkamah Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berdepan hukuman mati mandatori atas pertuduhan membunuh bekas tunangnya di Mahkamah Majistret, hari ini.

Tertuduh, Chung King Fung, 32, didakwa membunuh Nurul Ain Sillien, 22, pada 29 Mei lalu antara 12 hingga 12.20 tengah hari di dalam premis di sebuah kompleks membeli belah.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, tertuduh mengaku faham dengan pertuduhan.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Prosiding hari ini hanya untuk sebutan kes.

Mahkamah menetapkan 11 Julai sebagai sebutan semula kes dan tiada tawaran ikat jamin diberikan terhadap tertuduh.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Kelvan Elson Malik manakala tertuduh diwakili peguam Chin Teck Ming dan Jul Hamri Jumhani.

Pada 29 Mei lalu, lelaki itu didakwa menikam bekas tunangnya sebanyak lapan kali hingga mangsa maut di sebuah premis di kompleks membeli belah di sini. Mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris, motif kejadian disebabkan oleh perasaan cemburu dan tidak puas hati kerana ikatan pertunangan diputuskan oleh mangsa, dua hari sebelum kejadian.

Susulan itu, lelaki berkenaan datang ke tempat bekas tunangnya bekerja dengan niat untuk memujuknya tapi mangsa enggan meneruskan hubungan.

Keadaan tersebut menyebabkan lelaki itu berang dan bertindak menikam mangsa sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh sehingga menyebabkan kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya