PUTRAJAYA: Rayuan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) dan empat yang lain berhubung saman terhadap Public Bank atas dakwaan pelanggaran kontrak, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada tarikh lain. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk P. Ravinthran dan Datuk S. Nantha Balan menangguhkan keputusan kerana perlu meneliti penghujahan peguam-peguam yang mewakili kedua-dua pihak. Hakim Azizah pada akhir prosiding memberitahu, pihak-pihak akan dimaklumkan berhubung tarikh keputusan yang akan ditetapkan kelak. Kelima-lima perayu diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya