Air mata mengalir, wanita terlepas tali gantung

Air mata mengalir, wanita terlepas tali gantung

NURUL SHAKILA Mohd. Ikram Rajoo dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, Melaka daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis bersama suaminya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hanya lafaz syukur dapat dizahirkan seorang isteri apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskannya daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis bersama suaminya, empat tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan tertuduh, Nurul Shakila Mohd. Ikram Rajoo, 31, di akhir pendakwaan dengan penghakiman wanita itu telah dibuktikan tidak mempunyai niat bersama melakukan kesalahan itu.

Dalam rakaman percakapan, tertuduh memberitahu bungkusan itu telah ada ketika dia menaiki kenderaan terbabit (lokasi dadah ditemui) yang digunakan oleh suaminya sepanjang masa.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan suaminya, Mohd. Salleh Meerasha, 34, membela diri atas pertuduhan yang telah dipinda selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis, berat bersih 484 gram kira-kira pukul 8.40 malam di Jalan A Eredia Road Portuguese Settlement dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Mei 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang juga merupakan penjawat awam boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk perbicaraan bagi perintah membela diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya