Penghantar makanan didakwa tumbuk muka isteri

Penghantar makanan didakwa tumbuk muka isteri

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menumbuk dan menendang isterinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang suami didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan menendang isteri, hanya kerana wanita itu menolak untuk hadir ke majlis tamat latihan adiknya.

Tertuduh, Kamal Ariffin Sehat, 40, mengaku bersalah, namun ditolak Majistret Mazana Sinin memandangkan pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya dengan menumbuk muka dengan tangan dan menendang bahagian belakang badan mangsa.

Ketika pengakuan dibuat, tertuduh hanya mengaku menarik rambut dan menampar muka mangsa dengan mendakwa, wanita itu telah memanggil ibunya sebagai anjing.

Mahkamah menolak pengakuan bersalah berkenaan selepas pihak pendakwaan ingin mengekalkan pertuduhan seperti dinyatakan.

Perbuatan itu dilakukan pukul 9 malam di sebuah premis di Taman Tanjung Minyak Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Disember 2022.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Difahamkan, insiden berlaku selepas tertuduh mengajak isteri bersama lima anak mereka hadir ke majlis tamat latihan adiknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Si isteri kemudian menolak pelawaan tersebut lantas membuatkan tertuduh menjadi marah dan mencederakannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha menawarkan jaminan RM10,000 beserta syarat tambahan iaitu tidak boleh menganggu mangsa dan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai tanggungan lima anak, selain hanya bekerja sebagai penghantar makanan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan pendakwaan, seterusnya menetapkan 26 Januari 2023 sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya