Mengaku lempar air kencing, bekas minyak hitam ke rumah jiran

Mengaku lempar air kencing, bekas minyak hitam ke rumah jiran

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melempar bungkusan air kencing dan bekas minyak hitam ke rumah jirannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki diperintah membayar denda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melempar bungkusan air kencing dan bekas minyak hitam ke rumah jirannya.

Tertuduh, Mohd. Nazri Nazaruddin, 41, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah berkelakuan menghinakan dengan cara melemparkan satu bungkusan cecair yang dipercayai mengandungi air kencing ke arah rumah jirannya, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9 pagi di KM5 Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 18 Oktober 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda sehingga RM100, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati melakukan khianat terhadap rumah sama dengan cara membaling satu bekas minyak hitam berniat menyebabkan kerosakan kepada harta dengan nilai RM150 iaitu melebihi RM25 pukul 11.40 pagi, 7 Disember 2022.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan itu susulan tidak berpuas hati mengenai isu bermain bola di kejiranan tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan didorong perasaan marah ketika kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100 atau lima hari penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar untuk pertuduhan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya