PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.
Pada ketika ini, peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik sedang membuat permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhir. – UTUSAN