Rogol: Penceramah bebas direman lima hari lagi - Utusan Malaysia

Rogol: Penceramah bebas direman lima hari lagi

PENCERAMAH bebas di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi prosiding reman berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.

Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun.

Suspek yang bergari dan berpakaian baju-T berwarna ungu itu masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikuti prosiding reman kira-kira pukul 1 tengah hari.

Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama.

Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan kes rogol membabitkan penceramah bebas yang telah ditahan di Selangor pada 18 Julai lalu.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun ditahan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi membantu siasatan kes rogol remaja berusia 14 tahun.

Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak membabitkan suspek dan mangsa yang sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya