Peniaga nafi lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun

Peniaga nafi lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun

RIDZUWAN Sulaiman diiring keluar anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada April dan Mei lalu.

Tertuduh, Ridzuwan Sulaiman, 56, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 17 tahun di kawasan tempat letak kereta berhadapan sebuah pasar raya di Malim dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 10 malam, pertengahan April lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di kawasan semak di Taman Kesidang dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 11 malam, awal Mei lalu.

Sabit kesalahan setiap pertuduhan, bapa kepada dua anak itu boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (1) (b) dan 14 (1) (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan menjaga anak dan ibu yang sakit.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya