Pemilik kelab komedi Crackhouse didakwa esok - Utusan Malaysia

Pemilik kelab komedi Crackhouse didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kelab komedi Crackhouse yang membuat komedi dikatakan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti menerusi beberapa video tular bakal didakwa esok.

Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Cyber, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi. 

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 akan membuat pertuduhan terhadap suspek di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

15 Julai lalu, pengasas bersama kelab komedi tersebut direman sehari bagi membantu siasatan berhubung penularan klip video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman. 

Ini selepas suspek di Taman Tun Dr. Ismail itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 14 Julai. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saadudin dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan daripada pelbagai aspek selesai.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya