Saksi nafi tuduh Siti Bainun kerana cemburu - Utusan Malaysia

Saksi nafi tuduh Siti Bainun kerana cemburu

SITI Bainun Abd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. -UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyelidik Undang-undang, Suhana Zam yang juga rakan kepada Siti Bainun Ahd Razali menafikan dia cemburu dengan pengasas Rumah Bonda itu yang mempunyai kehidupan yang lebih baik daripadanya.

Suhana juga menafikan wujudnya konspirasi untuk mengenakan wanita itu.

Ketika disoal balas, peguam Asiah Jalil pula mencadangkan Suhana menipu kerana dia cemburu Siti Bainun menjalankan hidup yang baik, namun perkara tersebut dinafikan wanita terbabit.

Dalam sesi soal balas sebelum ini, saksi pendakwaan kelapan itu menafikan Siti Bainun pernah meminjamkannya kereta ketika kereta Suhana rosak dan pernah menaja beliau bercuti ke luar negara.

Suhana berkata demikian dalam perbicaraan kes terhadap Siti Bainun yang didakwa dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi

Sementara itu, ketika disoal oleh seorang lagi peguam Siti Bainun, Nur A’minatul Mardiah Md. Nor mendakwa Suhana, 40, telah menipu di mahkamah sebanyak 16 kali.

Antara dakwaan penipuan tersebut ialah membabitkan sesi penggambaran sempena hari raya membabitkan Siti Bainun, Suhana, dua rakan mereka serta anak-anak angkat Siti Bainun pergi mengambil gambar di studio.

Terdahulu, mengikut keterangan saksi mengatakan sesi bergambar itu berlaku pada pukul 11 pagi hingga 2 petang dan sepanjang tempoh itu Bella ditinggalkan seorang diri.

Bagaimanapun, ketika dirujuk kepada teks perbualan di aplikasi Whatsapp, salah seorang rakan mereka bernama Ina menunjukkan sesi fotografi itu adalah di antara pukul 3 hingga 5 petang.

Peguam turut menunjukkan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh studio tersebut turut memaparkan waktu tempahan fotografi yang sama. 

Nur A’minatul Mardiah sambil menunjukkan percanggahan itu turut mengatakan Suhana sebenarnya tidak juga tidak naik ke unit kondominium Siti Bainun ketika tiba di kediaman wanita itu selepas sesi fotografi tersebut, sekali gus tidak dapat mengesahkan bahawa Bella telah ditinggalkan seorang diri.

“Apabila bercanggah, kejadian-kejadian yang diceritakan di mahkamah ini tidak pernah berlaku. Suhana, Haiza, Hani Azura dan Syira boleh pada bila-bila masa mengambil gambar dan video, namun, mereka tidak buat kerana tiada kejadian untuk dirakamkan.

“Konspirasi ini menjadi semakin mendalam apabila kamu membaca sendiri hal ini di media sosial,” katanya.

Suhana bagaimanapun tidak bersetuju dengan kesemua cadangan dan dakwaan yang dibuat oleh peguam itu.

Perbicaraan bersambung petang ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya