Pendakwa raya sebak tengok video tular Bella - Utusan Malaysia

Pendakwa raya sebak tengok video tular Bella

Seorang remaja perempuan kelainan upaya yang dikenali sebagai Bella 13, hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes penderaan terhadap dirinya, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Emosi salah seorang Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella terganggu selepas melihat dua rakaman video tular kecederaan remaja itu yang ditambah baik.

Selepas rakaman video itu ditayangkan, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas tiba-tiba memohon mahkamah menangguhkan prosiding buat seketika sebelum beliau dilihat menangis.

Terdahulu, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal, Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Mior Samsul Abd Rahman memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah baik kualiti video dan audio dua rakaman video tular yang mendedahkan keadaan Bella.

Ketika membaca pernyataan saksi, Mior Samsul berkata, beliau menerima permohonan analisis berkaitan kes tersebut sebelum peroleh barang kes itu yang merupakan sebuah telefon bimbit jenama Apple (iPhone) dan satu kad sim Maxis pada 22 Julai tahun lalu.

Selepas mendapat barang kes itu, saksi pendakwaan ke-10 itu telah menjalankan proses mengekstrak data dari telefon bimbit pada 9 Ogos 2021 dengan menggunakan perisian XRY dan memperoleh dua video berdurasi 6.32 minit dan 0.41 minit.

Menurutnya, atas permohonan pegawai penyiasat, beliau telah menjelaskan atau zoom and sharpen gambar dari video bertarikh 24 Jun 2021 menerusi perisian ‘Video Investigator’.

“Pada 25 November 2021 saya terima permohonan analisa seunit DVD-R supaya menjelaskan dan pegunkan video itu.

“Ia adalah membabitkan tarikh 12 Februari 2021 yang menunjukkan Bella berada di dapur; 21 Mei 2021, Bella di dapur sambil makan berdiri dan 22 Mei 2021, sambutan hari raya yang menunjukkan kesan kecederaan di muka dan leher Bella,” katanya.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Siti Bainun, 30, yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi kes bersambung 29 Jun ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya