Bella tiba di Mahkamah - Utusan Malaysia

Bella tiba di Mahkamah

Seorang remaja perempuan kelainan upaya yang dikenali sebagai Bella 13, hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes penderaan terhadap dirinya, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas penghuni Rumah Bonda tiba di Mahkamah Sesyen hari ini, bagi tujuan pengecaman dalam perbicaraan terhadap pengasasnya, hari ini.

Antara individu yang dipanggil adalah Bella berusia 13 tahun, dan lima lagi kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh belas tahun yang sebelum ini berada di bawah jagaan Siti Bainon Ahd Razali.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Isralizam Sanusi bahawa individu itu akan dikenal pasti oleh saksi utama pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40, dan Yasmin Nahar Mahmood, 19. Zurianty Sudin, 39.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya