Bainun kata budak sindrom down tak rasa sakit - Saksi - Utusan Malaysia

Bainun kata budak sindrom down tak rasa sakit – Saksi

SITI Bainun Ahd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. -UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakan Siti Bainun memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam bahawa pengasas Rumah Bonda itu menganggap kanak-kanak sindrom down tidak akan merasa sakit kalau dikasari. 

Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam berkata, perkara itu diberitahu Siti Bainun sendiri selepas dia menegur wanita itu yang dilihat sedang mencium salah seorang bayi sindrom down dengan kasar. 

“Saya berkata pada dia (Siti Bainun), jangan cium budak itu kuat-kuat sangat sebab nanti dia sakit. 

“Siti Bainun menjawab semula dengan mengatakan ‘budak sindrom down tak rasa sakit, kak’ kata saksi itu. 

Bayi sindrom down tersebut merupakan salah seorang anak angkat Siti Bainun yang dikenali sebagai Tulus Bael. 

Siti Bainun, 30, kini dibicarakan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down bernama Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Suhana, 40, memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan membuat sebarang kerja rumah ketika melawat kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju.

Sebaliknya, beberapa remaja di bawah jagaan Siti Bainun iaitu Balqis, Yasmin dan Aida yang diarahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah itu.

Saksi utu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Nor Azizah: Mengapa awak tidak setuju bahawa Bainon tidak menjaga Tulus Jiwa dan Tulus Bael dengan baik?

Suhana: Kerana setiap kali saya berada di rumahnya, bukan Bainon yang jaga bayi itu namun sebaliknya Yasmin, Aida atau Balqis yang jaga.

Nor Azizah: Semasa soal balas, kamu berkata kamu tidak membantu membersihkan ruang dobi apabila terhidu bau najis di situ. Kenapa?

Suhana: Semasa saya ke rumahnya, saya tahu Bainon mempunyai peraturan rumahnya sendiri dan dia biarkan ketiga-tiga gadis ini untuk menguruskan kerja rumah. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya