SHAH ALAM: Keputusan terlibat dengan kerja ‘ulat jenazah’ menyebabkan dua pembantu kesihatan direman lima hari apabila dipercayai meminta rasuah bagi urusan berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
Mahkamah Majistret di sini membenarkan kedua-dua lelaki terbabit direman sehingga 31 Mei ini menerusi perintah dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani terhadap permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Semalam, mereka ditahan SPRM berhubung dakwaan meminta suapan kira-kira RM15,000 untuk melakukan kerja-kerja pengurusan mayat.
Kedua-dua suspek itu dilaporkan ditahan pada pukul 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan. – UTUSAN