Perang mercun: Enam dikenakan bon berkelakukan baik, dua lagi didenda RM300 - Utusan Malaysia

Perang mercun: Enam dikenakan bon berkelakukan baik, dua lagi didenda RM300

TANGKAP layar video tular yang memaparkan satu kejadian sekumpulan lelaki telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang, Seremban baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Enam lelaki yang terlibat dalam ‘perang mercun’ di Senawang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini dikenakan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas kesemua enam individu berusia antara 19 hingga 23 tahun itu membuat pengakuan bersalah. 

Sementara itu, dalam mahkamah sama, dua individu berusia 22 dan 33 tahun pula didenda RM300 selepas mengaku bersalah di bawah Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit. 

Sebelum ini, media melaporkan seramai 10 lelaki ditahan polis Sabtu lalu selepas dipercayai terlibat dalam sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar Seremban. 

Pada 6 Mei lalu,  tular satu rakaman video berdurasi 29 saat dalam media sosial yang memaparkan kejadian sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang di sini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya