Mengaku salah jual media player TX tidak diperakui SKMM - Utusan Malaysia

Mengaku salah jual media player TX tidak diperakui SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebuah syarikat menjual kelengkapan telekomunikasi dan pengarahnya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas empat pertuduhan memiliki dan menjual Media Player TX tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dua tahun lalu.

Syarikat itu LC Marketing Marketing Network Media Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Chen Kaiyi, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 26 April ini bagi fakta hukuman dan jatuh hukum.

Mengikut semua pertuduhan, syarikat itu dan pengarahnya didakwa memiliki dan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu dua unit Wireless Media Player masing-masing jenama TX3 model TX3 mini-L dan TX6 model TX6H.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kedai menjual komputer Seksyen 14 di sini pukul 12.57 tengahari pada 26 Jun 2020 dan pukul 11 pagi pada 4 Mei 2021.

Pendakwaan dibuat di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan saman.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SKMM, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala syarikat itu dan OKS diwakili peguam Jay Moy Wei Juin. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya