Hak pembelaan panggil Najib saksi kes Rosmah - Utusan Malaysia

Hak pembelaan panggil Najib saksi kes Rosmah

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datin Seri Rosmah Mansor perlu dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan meskipun tidak memanggil suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi pembelaan.

Pasukan pembelaan Rosmah dalam hujahan bertulisnya berkata, pihaknya memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

Dalam hujahan secara bertulis kepada Mahkamah Tinggi, malah pihak pembelaan Rosmah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu.

“Adalah menjadi hak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib sebagai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah. 

“Bagaimanapun, pada 10 Januari lalu, peguam bela Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan memutuskan menyusun semula strategi selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih tidak memanggil kerana buktinya hanyalah bersifat menyokong.

“Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pihaknya tidak mempunyai isu dengan keputusan itu untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah prerogatif pembelaan berbuat demikian,” kata pembelaan dalam hujahan bertulisnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac lalu.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016.

Rosmah dikatakan telah menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta, di sini, pada 7 Sept 2017.

Pendakwaan telah memanggil 23 saksi dan dua pihak pembelaan manakala esok ditetapkan hujahan lisan di hadapan Hakim Zaini Mazlan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya