Wanita didakwa dera anak kerap menangis sampai mati - Utusan Malaysia

Wanita didakwa dera anak kerap menangis sampai mati

THANG Pui Ling dituduh membunuh anak perempuannya berusia dua tahun pada 9 Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia dua tahun sampai mati dalam kejadian pada 9 Mac lalu. 

Tertuduh Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim K. Rajeswari. 

Mengikut pertuduhan, Pui Ling didakwa membunuh Heng Jing Yi, 2, pada pukul 2 pagi di 202, Lorong 17, Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang pada 9 Mac lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan  dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien. 

Semalam media melaporkan seorang ibu mendera anak perempuannya bulan sehingga mati kerana tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.

Pemeriksaan  doktor  mendapati terdapat beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka di hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri dan belakang kepala. 

Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya