Terlepas hukuman gantung kerana disahkan gila - Utusan Malaysia

Terlepas hukuman gantung kerana disahkan gila

MOHD. Rozani Yahaya (tengah) dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk mendengar keputusan pertuduhan bagi kes bunuh yang dihadapinya. - UTUSAN/MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pesara polis, empat tahun lalu apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan dia gila ketika melakukan perbuatan itu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh, Mohd. Rozani Yahaya, 43, melakukan perbuatan itu sebagaimana pertuduhan, namun, didapati tidak waras ketika kejadian.

Wan Ahmad Farid turut mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah penjagaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

“Mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya tertuduh diletakkan dalam tahanan selamat di hospital berkenaan sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Perbuatan tertuduh yang memukul mangsa dengan sebatang besi dan berlari ke sana-ke sini sebelum menyembunyikan diri di dalam alur sungai tidak mencerminkan keadaan waras tertuduh,” kata beliau dalam penghakimannya hari ini.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Rozani didakwa membunuh Ab. Halim Che Yusoff, 69, di tepi sebuah rumah di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, Pasir Mas kira-kira pukul 12 tengah hari pada 25 Januari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Zameri Mat Nawang.

Terdahulu, Wan Ahmad Farid dalam penghakimannya turut memaklumkan bahawa Mohd. Rozani mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) mental sejak 2004 selepas memasuki wad sakit jiwa Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Menurutnya, tertuduh juga dipersetujui oleh pihak hospital telah mengalami masalah mental kerana penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya