Diploma palsu, bekas juruteknik didenda RM7,000  - Utusan Malaysia

Diploma palsu, bekas juruteknik didenda RM7,000 

MUHAMAD Muslim Mamat didenda RM7,000 kerana menggunakan sijil diploma palsu bagi mendapatkan lesen SPKK di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas juruteknik didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menggunakan sijil diploma palsu bagi mendapatkan lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), tiga tahun lalu. 

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Muslim Mamat, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Dazuki turut memerintahkan lelaki itu dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Muslim didakwa menggunakan dokumen sijil Diploma Rekabentuk Dalaman palsu di atas nama adiknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 26 Disember 2019 bagi  tujuan untuk menipu. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman mengikut Seksyen 465 kanun sama. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya