Seorang lagi rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura - Utusan Malaysia

Seorang lagi rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warganegara Malaysia dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Menurut laporan akhbar tempatan Singapura, The Straits Times,  Munusamy Ramarmurth, 39, didapati memiliki serbuk seberat 6.3 kilogram (kg), yang kemudian didapati mengandungi heroin seberat 57.54 gram (g), melanggar Akta Penyalahgunaan Dadah 1973 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika jumlah heroin melebihi 15g.

Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, Audrey Lim dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan semalam menjelaskan, mahkamah menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa bahawa beg plastik merah yang ditemui dalam kotak motosikalnya disangkakan mengandungi telefon pintar yang telah dicuri oleh rakannya.

Hakim juga menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa dia membenarkan rakannya menyimpan beg plastik dalam kotak belakang motosikalnya buat sementara waktu dan akan diambil semula oleh seseorang.

Sebaliknya, hakim menyifatkan segala dakwaan tertuduh adalah palsu dan hanya diceritakan selepas tertuduh dibicarakan di mahkamah.

Munusamy yang bekerja di Singapura selama 14 tahun dan kemudian bekerja sebagai penyelia sektor pembersihan, ditahan pada tengah hari 26 Januari 2018, dalam bilik pekerja pembersihan di Harbourfront Centre Tower 2, bertentangan dengan Pulau Sentosa.

Tertuduh kemudian dibawa ke motosikalnya yang diletakkan di tempat letak kereta terbuka di Keppel Bay Tower, sebelum polis menemukan plastik merah yang mengandungi dadah di kotak belakang motosikalnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN