Kes ADUN Morib pukul isteri sedang dikaji - Utusan Malaysia

Kes ADUN Morib pukul isteri sedang dikaji

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Siasatan polis terhadap kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib yang dilapor mencederakan isterinya kini di peringkat kajian di Bukit Aman. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes melibatkan Hasnul Baharuddin itu telah dirujuk untuk kajian di Bukit Aman sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah. 

“Kes telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk kajian sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya ringkas ketika ditanya perkembangan siasatan kes itu dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini. 

Difahamkan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Hasnul memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38.

Bulan lepas, bekas isterinya Juliani Jalilah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Langat berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku pada 21 Ogos, ketika kedua-dua mereka masih merupakan pasangan suami isteri.

Hasnul yang merupakan ADUN daripada Parti Amanah dan Timbalan Speaker DUN Selangor bagaimanapun mendakwa laporan itu dibuat dengan ‘niat jahat’ selepas perceraian mereka.

Hasnul berkata, laporan itu dibuat beberapa bulan selepas kejadian tersebut untuk dikemukakan bagi rujukan Mahkamah Syariah dan tindakan lanjut terhadap Hasnul. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN