Adly gagal halang PRN Melaka - Utusan Malaysia

Adly gagal halang PRN Melaka

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak permohonan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar kesahihan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Sehubungan itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri itu yang dijadulkan berlangsung pada 20 November ini akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Pada PRN tersebut, Adly akan bertanding di DUN Bukit Katil.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendapati pembubaran tersebut tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Ujarnya, kuasa untuk membubarkan DUN tersebut adalah kuasa mutlak Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.

“Perkara tersebut (kesahihan pembubaran DUN) tidak boleh diputuskan melalui perundangan kerana proses membuat keputusan itu (pembubaran) sendiri tidak boleh dipertikaian,”ujar beliau.

Pada 22 Oktober lalu, Adly memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar pembubaran tersebut.

Pada 4 Oktober lalu, bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Udang (UMNO), Datuk Seri Idris Haron bersama ADUN Pengkalan Batu (Bebas), Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Sulaiman berkuat kuasa serta-merta.

Oleh itu, Adly antara lain memohon deklarasi tindakan Sulaiman menasihati Mohd. Ali untuk membubarkan dewan adalah tidak sah dan terbatal, berniat jahat (mala fide), tidak wajar dan tidak masuk akal.

Beliau juga memohon proklamasi pembubaran DUN Melaka bertarikh 5 Oktober lalu adalah tidak sah dan terbatal serta-merta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya