Lokman didakwa sebar berita palsu dalam Facebook - Utusan Malaysia

Lokman didakwa sebar berita palsu dalam Facebook

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui dua rakaman audio visual dalam Facebook berkaitan isu vaksin dan penyebab penyebaran virus Covid-19.

Lokman, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) meminta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M. M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan pertama, Lokman didakwa menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual berhubung kematian seorang  pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner yang dikaitkan dengan vaksin.

Tuduhan kedua pula berhubung kemasukan warga India di negara ini yang menjadi penyebab penyebaran virus Covid-19.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu menggunakan aplikasi Facebook profil ‘Lokman Adam’ dengan niat  menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.

Kedua-dua rakaman audio visual itu masing-masing dibuat pada pukul 10.38 malam, 9 April lalu dan 10.55 malam, 3 Mei yang kemudian dilihat pada 11 April dan 9 Mei di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang diwakili oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap satu pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan 11 orang anak dan isteri.

“OKS kini tidak bekerja dan membantu isterinya menjual sate, tujuh hingga lapan orang anaknya masih belajar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan Lokman diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Tarikh 25 November ini ditetapkan untuk sebutan kes.

Semalam, media melaporkan bekas Ahli MKT UMNO berpangkat Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini seleps disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

USJT telah mengambil tindakan berkenaan selepas kertas siasatan terhadapnya, dirujuk dan mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh di mahkamah. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya