Lelaki mengaku tidak bersalah guna nama Ahmad Maslan tipu RM50,000 - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku tidak bersalah guna nama Ahmad Maslan tipu RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang individu sebanyak RM50,000 dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Tertuduh, Kamarul Ramizu Idrus, 54, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus. 

Mengikut kertas pertuduhan, Kamarul Ramizu didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai dia merupakan pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan emas. 

Perbuatan yang didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015 itu merupakan kesalahan  di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) ASPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, Norhayati menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan dua penjamin. 

Selain itu, Norhayati turut mengarahkan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember ini bagi tarikh pengurusan kes. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa Siti Mastura Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya