Bekas pelajar kolej bebas hukuman gantung - Utusan Malaysia

Bekas pelajar kolej bebas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman gantung terhadap seorang bekas pelajar kolej kerana membunuh seorang gengster dalam satu pergaduhan di sebuah pub, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara melepas dan membebaskan P. Dhivyaprabu, 25, selepas memutuskan bahawa pengecaman yang dilakukan terhadapnya adalah tidak memuaskan.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan ketika membenarkan rayuannya berpendapat, sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, tidak selamat untuk dikekalkan.

Panel itu turut berpendapat, hakim bicara telah tersalah arah secara serius ketika memenuhi peruntukan Seksyen 300 Kanun Keseksaan sewaktu menilai bukti untuk menyokong dapatan dalam kes itu.

Pada 30 Mei 2019, Dhivyaprabu didapati bersalah membunuh Muhammad Jeffri Abu Bakar, 22, di sebuah pub di Publika Hartamas, Sentul di sini antara pukul 4 pagi dan 4.15 pagi pada 28 Januari 2017.

Perayu diwakili oleh peguam Gooi Soon Seng dan Amer Hamzah manakala pendakwaan diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali dan Muhammad Azmi Mashud.

Mahkamah sebelum itu mendengar hujah pembelaan bahawa Dhivyaprabu dan 10 rakannya termasuk beberapa orang gadis berkunjung ke pub tersebut untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran salah seorang rakan mereka.

Bagaimanapun, sejurus sebelum premis itu ditutup, berlaku pergaduhan melibatkan satu kumpulan lain menyebabkan mangsa ditikam dengan sebilah pisau berukuran tiga inci. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya