Tipu identiti untuk dapat vaksin, warga Bangladesh dipenjara sembilan bulan - Utusan Malaysia

Tipu identiti untuk dapat vaksin, warga Bangladesh dipenjara sembilan bulan

MIZAN Nur Rahman dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan menggunakan pasport milik individu lain untuk mendapatkan vaksin Covid-19. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan pasport milik individu lain untuk mendapatkan vaksin Covid-19 membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Majistret, Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mizan Nur Rahman, 26, yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Tertuduh tdihantar ke Penjara Jelebu untuk menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, Mizan didapati telah memperdayakan Muhammad Nur Ikhwan Hamzah dengan curang sehingga mendorong beliau memberikan vaksin Covid-19 itu kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Mega di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini pada pukul 10 pagi, 13 September lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Hospital Tuanku Ja’afar, di sini didapati tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini dan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali dan boleh juga dikenakan maksimum enam sebatan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menggunakan nama lain Saddam Hossain telah membuat pemalsuan maklumat vaksin Covid-19 menggunakan identiti pasport individu lain bernama Helal ketika membuat temu janji di PPV IPT Mega USIM, Nilai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd. Azman. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya