Penjawat awam didakwa rogol anak tiri - Utusan Malaysia

Penjawat awam didakwa rogol anak tiri

SEORANG penjawat awam (tengah) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol anak tiri pada 2017 dan pada tahun ini di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tiri di sini pada 2017 dan tahun ini.

Lelaki berusia 38 tahun  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. 

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak tiri yang  berusia 11 tahun tujuh bulan di sebuah rumah  di sini, lebih kurang pukul 8 hingga 10 malam pada pertengahan tahun 2017.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ketika mangsa sama berusia 14 tahun 10 bulan di lokasi sama, pukul 8 pagi, pada 6 September 2021.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizuan Sulaiman tidak menawarkan  jaminan ekoran tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan akan menimbulkan kacau ganggu kepada mangsa. 

Peguam Halim Ashgar Hilmi mewakili anak guamnya memohon jaminan setimpal ekoran tertuduh tiada rekod jenayah  dan pekerja yang tidak mempunyai masalah sejak 17 tahun berkhidmat. 

Mahkamah menawarkan jaminan RM 15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober depan bagi tarikh sebutan semula kes.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya