Mahkamah kekal pembebasan juruteknik - Utusan Malaysia

Mahkamah kekal pembebasan juruteknik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan seorang juruteknik daripada kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pembonceng motosikal, enam tahun lalu.

Keputusan majoriti 2-1 itu diputuskan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Has Zanah Mehat ketika menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Hakim Has Zanah bersama Datuk Abu Bakar Jais menolak rayuan itu manakala Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali mencapai keputusan menentang.

Ketika menyampaikan keputusan itu, Hakim Has Zanah berpuas hati rayuan tersebut tiada merit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya pada 2019.

Responden Mohamed Atif Izzat Ajizi, 26, yang ketika kejadian merupakan seorang pelajar didakwa memandu kereta dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah motosikal yang dibonceng oleh mangsa, Mohd. Tajul Amran.

Dalam kejadian itu, mangsa meninggal dunia manakala penunggang motosikal yang merupakan seorang guru, Mahmad Kamel Ishak mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 pagi, 26 September 2015 di Jalan Gong-Kemubu, Machang, Kelantan.

Mahkamah Majistret pada 2018 mendapati Mohamed Atif bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Responden diwakili oleh peguam Raja Afiq Raja Azmi yang dibantu oleh Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid mewakili pihak pendakwaan selaku perayu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya