Lelaki Nigeria digantung edar 99 kapsul dadah yang disorok dalam perut - Utusan Malaysia

Lelaki Nigeria digantung edar 99 kapsul dadah yang disorok dalam perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warganegara Nigeria kekal menjalani hukuman gantung terhadap kesalahan mengedar 99 kapsul dadah methamphetamine seberat 1,085 gram yang disorok dalam perutnya, sembilan tahun lalu.

Demikian ketetapan sebulat suara Mahkamah Persekutuan hari ini ketika menolak rayuan akhir Ikenna Emmanuel Chukwudulu, 48.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas berpuas hati sabitan dan hukuman mati yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi, selamat.

Beliau bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Ikenna disabitkan mengedar 1,085 gram methamphetamine di antara 9.30 pagi, 15 Jun 2012 dan 10.55 pagi keesokannya di tandas Wad 6C, Hospital Serdang dekat sini.

Keterangan kes menunjukkan, sepasukan polis diketuai oleh Inspektor Gan Chee Ling menahan Ikenna ketika tiba di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Jun 2012 sebelum memeriksa tubuh dan beg yang dibawanya.

Ketika ditahan, rakyat Nigeria itu mendakwa sebagai peniaga pakaian wanita.

Pemeriksaan tersebut tidak menemukan apa-apa yang mencurigakan, namun ketika imbasan X-Ray dijalankan, polis mengesan objek asing dalam perutnya.

Selepas membuang air besar, sebanyak 99 kapsul dadah ditemukan daripadanya yang membawa kepada penahanan lelaki itu.

Perayu diwakili oleh peguam Sukaimi Mashud manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling mewakili pihak pendakwaan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya