Dua beradik tiri direman empat hari bergaduh di PPV  - Utusan Malaysia

Dua beradik tiri direman empat hari bergaduh di PPV 

PERGADUHAN yang melibatkan dua suspek dengan orang awam di PPV UniSHAMS di Kuala Ketil, Baling hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Dua beradik tiri direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pergaduhan dan ugutan jenayah dengan orang awam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, penahanan itu berikutan berlakunya pergaduhan yang dicetuskan oleh kedua-dua suspek berusia 19 dan 27 tahun ketika orang awam sedang menunggu untuk menerima vaksin di PPV tersebut.

“Tangkapan reman ke atas tangkapan dibenarkan selama empat hari bermula hari ini hingga 11 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 106 KK, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menasihati orang ramai tidak menimbulkan provokasi di tempat awam dan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mencetuskan kemarahan dan kegusaran orang ramai serta membahayakan nyawa.

Sejak semalam, tular dua video yang menunjukkan dua lelaki terbabit bergaduh dengan orang awam di tempat letak kereta di PPV, UNSHAMS.

Bagaimanapun, pergaduhan itu kemudian berjaya dileraikan anggota polis yang bertugas di PPV bersama orang awam lain. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN