Edar dadah, penganggur berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Edar dadah, penganggur berdepan hukuman gantung

AZHARADZIZ ZAINOL (tiga dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja dan methamphetamine di Mahkamah Majistret, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 163.79 kilogram dan methamphetamine seberat 3.139 kilogram di Kampung Kampung Behor Gandil, Jalan Raja Syed Alwi pada 4 dan 5 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, Azharadziz Zainol, 37, di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar 163.79 kilogram ganja di sebuah rumah di Kampung Behor Gandil, Jalan Raja Syed Alwi pada pukul 11.15 pagi, 4 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 3.139 kilogram di rumah yang sama pada pukul 1.45 petang, 5 Ogos.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Oktober depan untuk serahan laporan kimia.

Isnin lalu, akhbar ini melaporkan, tujuh lelaki termasuk seorang pemilik restoran yang juga dalang sindiket pengedaran ganja dan methamphetamine ditahan polis secara berasingan dalam tujuh serbuan di sekitar negeri ini dan Selangor pada 4 hingga 7 Ogos lalu.

Tangkapan tersebut melibatkan suspek yang berumur antara 27 hingga 51 tahun dengan rampasan ganja sebanyak 161.76 kilogram dan methamphetamine seberat 4.12 kilogram bernilai kira-kira RM603,920.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, enam lagi suspek telah dibebaskan dan ditangkap semula mengikut Akta Dadah Berbahaya ( ADB) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya