Lokman Noor Adam dipenjara sebulan hina mahkamah - Utusan Malaysia

Lokman Noor Adam dipenjara sebulan hina mahkamah

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dipenjara sebulan kerana menghina mahkamah ekoran tindakannya mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiga tahun lalu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Lokman menjalani tempoh pemenjaraan bermula hari ini.

Pada 22 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi di sini memberikan kebenaran kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu, untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman yang dinamakan sebagai responden kerana menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 September 2019.

Lokman didakwa telah menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap salah seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Saksi tersebut ialah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang juga merupakan saksi pendakwaan kelapan.

Pada 14 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh oleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya