Kes rasuah AKSB: Seorang lagi direman - Utusan Malaysia

Kes rasuah AKSB: Seorang lagi direman

PEMILIK syarikat perunding penyelenggaraan air direman tiga hari untuk membantu siasatan kes rasuah projek AKSB bernilai lebih RM851,000 di Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik sebuah syarikat perunding penyelenggaraan air direman tiga hari, mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah membabitkan projek skim bekalan air kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bernilai lebih RM851,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu ditahan pada pukul 8.10 malam tadi selepas hadir ke pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan lanjut berhubung kes itu.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung projek skim bekalan air AKSB di sebuah kawasan di negeri ini yang bernilai RM 851,232.60. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk bekas Pengurus Besar AKSB dan pegawai anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan direman tiga hari selepas dipercayai terlibat dalam kes ra­suah membabitkan pelbagai projek lebih RM27 juta.

Bekas Pengurus Besar AKSB berusia 60 tahun serta pegawai AKSB berusia 39 tahun dan seorang pengarah projek sebuah syarikat berusia 42 tahun ditahan secara berasingan di pejabat SPRM Kelantan pukul 4.25 petang dan 6.30 petang, Khamis lalu.

Ketiga-tiga suspek dipercayai menerima wang tersebut daripada beberapa syarikat untuk menjalankan projek AKSB.

Sementara itu, Menteri Besar menerusi kenyataan akhbar memberitahu, kerajaan negeri memegang prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, namun pihaknya menerusi AKSB akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan kes tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya