Dua saksi terlindung kes rogol bekas Exco selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Dua saksi terlindung kes rogol bekas Exco selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua saksi termasuk pembantu rumah warga Indonesia yang dikaitkan dengan kes rogol membabitkan bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong telah selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Kedua-dua saksi itu merupakan peserta kepada program perlindungan saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 di mana perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed dilakukan secara tertutup (in-camera).

Saksi ke-15 iaitu pembantu rumah Choo Kiong itu memberi keterangan sejak Selasa lalu hingga semalam sebelum disambung saksi ke-16 yang berakhir hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 16 hingga 18 Ogos ini dan 28 September depan.

Perbicaraan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Ainul Wardah Shahidan manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya