Curi lembu, warga Indonesia didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Curi lembu, warga Indonesia didenda RM3,000

MAHKAMAH Majistret, Ayer Keroh, Melaka menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar kepada AHYAR (baju kelabu), sementara Mazli Bakar (baju oren) dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah menjual seekor lembu curi, seorang lelaki didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, bulan lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahyar, 42, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja melupuskan suatu harta iaitu seekor lembu jantan kepunyaan Nor Azizi Mohamad Sidin, 39, yang dalam pengetahuan ternakan itu merupakan hasil curi dengan menjualkannya kepada Mohd. Najib Mat Som, 36, pada harga RM2,700.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah kebun getah berhampiran kandang lembu milik penama, Mohd. Zaki Bakar, 44, di Kampung Kelubi dalam daerah Jasin pada 8 Jun 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang juga warga Indonesia tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda diberikan dengan alasan dia mempunyai tanggungan isteri dan anak, selain tiada pendapatan tetap.

Dalam prosiding tersebut, seorang penjawat awam, Mazli Bakar, 53, turut didakwa atas pertuduhan sama yang dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh yang diwakili peguam, Izzuddin Ab. Malek bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon jaminan rendah diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai pembantu awam di Hospital Jasin dengan gaji kira-kira RM1,400 sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli memohon hukuman setimpal diberikan kepada Ahyar dan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan terhadap Mazli.

Selepas mendengar hujan kedua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar terhadap Ahyar, manakala penjawat awam itu dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000.

Beliau kemudian turut menetapkan tarikh 1 September depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya