Ahli lembaga pengarah 1MDB terlibat 'sandiwara'  - Utusan Malaysia

Ahli lembaga pengarah 1MDB terlibat ‘sandiwara’ 

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendakwa lembaga pengarah syarikat itu terlibat dalam ‘sandiwara’ bagi menyembunyikan simpanan dana luar negara dikaitkan dengan UMNO.

Mohd. Hazem Abd. Rahman, 47, berkata demikian sewaktu pemeriksaan balas peguam bela mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Wan Aizuddin Wan Muhammed di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Saksi ke-10 pendakwaan itu ditanya mengenai usaha mengembalikan dana 1MDB yang dikatakan dilaburkan di luar negara pada 2014.

Hazem sebelum ini mendakwa 1MDB ditubuhkan untuk membantu membiayai UMNO dan ia juga diwujudkan untuk menyalurkan wang kepada syarikat-syarikat dikaitkan dengan parti itu.

Selain itu, ketika ditanya Wan Aizuddin mengapa saksi itu tidak membuat rekod butiran mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 27 Februari 2014 bahawa dana di luar negara yang kononnya milik UMNO.

Hazem menjelaskan ia tidak direkodkan kerana ia adalah satu skim dan tidak sepatutnya direkodkan.

Beliau bersetuju dengan soalan Wan Aizuddin bahawa ia adalah konspirasi yang melibatkan semua ahli lembaga pengarah.

Lelaki itu juga bersetuju bahawa semua ahli Lembaga Pengarah 1MDB tahu segala maklumat dalam minit mesyuarat hanya untuk `persembahan’.

Perbicaraan disambung semula selepas dua kali ditangguhkan sejak Isnin lalu susulan Najib cuti sakit selepas menjalani pembedahan mata.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan yang memakai suit berwarna kelabu dengan mengenakan cermin mata gelap  tiba di mahkamah pada pukul 10 pagi.

Najib, 67, didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 1 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya