Rasuah: Tiga penguat kuasa JPJ, dua proksi direman - Utusan Malaysia

Rasuah: Tiga penguat kuasa JPJ, dua proksi direman

LIMA individu termasuk tiga penguat kuasa JPJ di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas direman kerana disyaki menerima suapan dari pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman enam hari terhadap lima individu termasuk tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  kerana disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat mereka.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tiga penguat kuasa  JPJ Perak, Pahang dan Pulau Pinang serta dua lelaki yang dipercayai berperanan sebagai proksi bagi kes terbabit berusia antara 31 hingga 46 tahun.

Kesemua mereka yang diiringi pegawai SPRM dan memakai baju lokap berwarna jingga tiba di  Kompleks Mahkamah Ipoh pada pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataannya berkata, lapan pegawai dan anggota JPJ negeri Perak, Pahang dan Pulau Pinang ditahan bersama empat proksinya semalam.

Katanya, tiga anggota penguat kuasa itu didakwa  tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat  yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Aduan bagi kes itu dibuka untuk siasatan di bawah kesalahan Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Tindakan reman bagi seorang proksi  dijalankan semalam manakala tiga peguat kuasa JPJ dan dua proksi lagi direman hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya