Warganegara Myanmar mengaku salah tawar rasuah - Utusan Malaysia

Warganegara Myanmar mengaku salah tawar rasuah

ABDUL Karim Ismail (tengah) yang dituduh menawarkan rasuah kepada anggota polis dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki warganegara Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada anggota polis, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Karim Ismail, 47, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan oleh Hakim, Murtazadi Amran sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Karim yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Pering, Kubang Pasu dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang, 19 Februari lalu.

Dia didakwa menawarkan rasuah berjumlah RM200 kepada anggota polis, Konstabel Mohamad Syazril Mhd. Azhari sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tidak memiliki lesen memandu.

Bersandarkan fakta kes, tertuduh didakwa menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya sebelum ditahan Konstabel Mohamad Syazril bagi tujuan pemeriksaan.

Setelah gagal mengemukakan lesen, tertuduh menawarkan wang sebanyak RM200 kepada Konstabel Mohamad Syazril namun pemberian itu ditolak anggota polis berkenaan.

Tertuduh kemudiannya terus mendesak walaupun anggota polis tersebut telah memberi amaran sebanyak tiga kali bahawa perbuatannya itu salah, menyebabkan dia ditahan dan wang tersebut dirampas.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fauzee Azizan mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009.

Tertuduh tidak diwakili peguam difahamkan tidak membayar denda ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya