Tukang paip didakwa rogol wanita - Utusan Malaysia

Tukang paip didakwa rogol wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita tahun lalu. 

Tertuduh, Muhammad Saifullah Mat, 29, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 42 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Alam Megah di sini pukul 10.45 malam pada 22 November 2019. 

Jika disabit bersalah, tertuduh yang tidak diwakili peguam boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian menawarkan jaminan RM15,000 dan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan iaitu dilarang mendekati mangsa atau saksi selain perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran. 

Tertuduh yang masih bujang itu bagaimanapun memohon ikat jamin dikurangkan berikutan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan perlu menanggung ibunya yang sakit. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan daripada pihak pendakwaan dan serta menetapkan 15 Disember hadapan sebagai tarikh sebutan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya