Dua koperal, seorang inspektor didakwa rasuah - Utusan Malaysia

Dua koperal, seorang inspektor didakwa rasuah

SEORANG Inspektor dan dua koperal polis dituduh menerima rasuah berjumlah RM11,800 di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua anggota dan seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,800 daripada seorang individu pada Julai dan September lalu.

Koperal Mohd. Asyraf Mustafa dan Koperal Muhammad Noor Firdaus Zainal serta Inspektor Mohamad Saidy Sakah membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mereka yang berusia 33 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiganya secara bersama didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM7,800 dengan tiada balasan daripada seorang individu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Titi Gajah di sini pada pukul 8.30 malam, 16 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya secara bersama didakwa menerima wang tunai RM4,000 itu dengan tiada balasan daripada individu sama di dalam sebuah kereta Honda Civic berdekatan kedai makan di Medan Selera Pumpong di sini pada pukul 3.30 petang, 7 September lalu.   

Mereka dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping manakala peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil mewakili ketiga-tiga tertuduh.

Hakim Murtazadi Amran kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi kedua-dua  pertuduhan dan 2 November depan untuk sebutan semula kes. 

Kesemua tertuduh juga diarah menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah, selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN