Kerani timbang dituduh buat pernyataan palsu - Utusan Malaysia

Kerani timbang dituduh buat pernyataan palsu

S.UMA Devi (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung kemalangan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tahun lalu. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kerani timbang di sebuah syarikat perladangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung kemalangan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, S. Uma Devi, 24, didakwa membuat satu pernyataan palsu bahawa dia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gemencheh, Tampin kira-kira pukul 9.10 malam pada 11 Mei 2019.

Berdasarkan laporan yang dibuat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tertuduh mendakwa mengalami kemalangan jalan raya iaitu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Satria.

Pada 7 Ogos 2019, satu penyiasatan kemalangan ke atas kes tersebut telah dilakukan oleh Pegawai Penyiasatan Perkeso Negeri Sembilan, Kamarul Azuar Kades dan mendapati kemalangan itu sebenarnya tidak wujud dalam masa tertuduh menjalankan pekerjaannya.

Kemudian pada 23 Ogos 2019, satu siri penyiasatan lanjut telah dibuat oleh Perkeso dan wanita itu didapati telah membuat pernyataan atau representasi palsu di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 93(a) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93, akta yang sama.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Tertuduh diwakili peguam Aravind Raj manakala Perkeso diwakili Pegawai Pendakwa Raya, Mohd. Sharil Ab. Malek. 

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan semula dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya