Projek pembalakan: Dua lagi Datuk ditahan  - Utusan Malaysia

Projek pembalakan: Dua lagi Datuk ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua individu bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta.

Individu berpangkat Datuk yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada pukul 5 petang dan 10.20 malam semalam.

Menurut sumber, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

“Kedua-dua suspek berusia 40 dan 65 tahun itu akan direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 19 Ogos ini,” katanya di sini.

Semalam, SPRM mendapat perintah reman terhadap tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya