Lebih 50 wartawan memenuhi pekarangan mahkamah Butterworth - Utusan Malaysia

Lebih 50 wartawan memenuhi pekarangan mahkamah Butterworth

SEBAHAGIAN wartawan yang membuat liputan mengenai kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Lebih 50 wartawan berkumpul di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini pagi ini bagi membuat liputan berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sebahagian mereka termasuk yang datang dari ibu negara sudah menunggu seawal pukul 6.30 pagi bagi memastikan tidak terlepas membuat liputan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan, kes melibatkan Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan akan bermula pukul 9 pagi ini dengan liputan pihak media di dalam mahkamah yang terhad.

Pada Jumaat lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan meminta suapan berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Jenayah 9 di Kuala Lumpur di hadapan Hakim Azura Alwi atas dakwaan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta suapan iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak.

Suapan itu adalah sebagai upah bagi membantu syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya