Doktor dituduh menipu pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Doktor dituduh menipu pelaburan tidak wujud

MOHD. Rafi'uddin Hamidon dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tuduhan menipu pelaburan tidak wujud membabitkan nilai RM43,000 pada Jun 2019.  - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pegawai perubatan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas satu pertuduhan menipu dalam pelaburan tidak wujud membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM43,000, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Rafi’uddin Hamidon, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mohd. Rafi’uddin didakwa menipu seorang lelaki berusia, 34 tahun, dengan memperdaya mangsa untuk membuat pembayaran bagi urusan pelaburan tidak wujud.

Mangsa membuat pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM43,000 ke dalam akaun yang didaftar atas nama syarikat milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bandar Sri Sendayan pada 2 Jun 2019 hingga 3 Jun 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan atau boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi, manakala tertuduh di wakili peguam, Faizal Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 14 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya