Bapa dipenjara 32 tahun, 20 sebatan rogol anak sehingga mengandung - Utusan Malaysia

Bapa dipenjara 32 tahun, 20 sebatan rogol anak sehingga mengandung

TERTUDUH (tengah) menundukkan malu ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan merogol anaknya sehingga mengandung tahun lalu. - FOTO/NORADILA MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 42 tahun dihukum penjara 32 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anaknya sehingga mengandung, tahun lalu.

Hakim, Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 12 tahun dari pertengahan Julai hingga awal Ogos 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 3 hingga 4 pagi di sebuah rumah di Cabang Tiga di sini.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan terkutuk terhadap mangsa pada 16 Ogos 2019 di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Hayyatuddin Muhamad. 

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas anaknya muntah ketika menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 8 September 2019 dan pemeriksaan di klinik swasta mendapati mangsa hamil sebulan sebelum mengaku dirogol bapanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya